Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Perlis / From Wikipedia, the free encyclopedia
Sahibus Samahah Prof. Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (lahir; 1 Januari 1971) ialah seorang profesor Fakulti Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia[1], bekas Mufti Perlis dan dilantik semula sebagai Mufti Perlis pada tahun 2015 menggantikan Dato Dr Juanda Jaya yang telah tamat kontrak. Beliau juga merupakan kolumnis Minda Dr. Maza atau "Pena Mufti" dalam akhbar Mingguan Malaysia semenjak 11 Mac 2007. Segala penulisan beliau dibukukan di dalam sebuah buku bertajuk "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda - Edisi Baharu" terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Kumpulan Utusan yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pada 21 April 2010.[2]
Fakta Segera SS Dato' Arif Perkasa Prof. Dr.Mohd Asri Zainul Abidin SSP (Perlis); Ph.D, Mufti Perlis ...
SS Dato' Arif Perkasa Prof. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin SSP (Perlis); Ph.D | |
---|---|
Mufti Perlis | |
Memegang jawatan Februari 2015 | |
Didahului oleh | Juanda Jaya |
Dalam jawatan 1 November 2006 ā 11 November 2008 | |
Didahului oleh | Mat Jahaya Hussin |
Digantikan oleh | Juanda Jaya |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1971-01-01) 1 Januari 1971 (umur 53) Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia |
Alma mater |
|
Pekerjaan | ahli akademik, mufti |
Tutup