Melaka Maju Jaya
From Wikipedia, the free encyclopedia
Melaka Maju Jaya[1] (Jawi: ﻣﻼک ماجو جايcode: ms is deprecated ) merupakan lagu negeri Melaka, Malaysia.[2] Ia diperkenalkan dan dimainkan buat kali pertama pada 31 Ogos 1974 bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Melaka masa itu. Sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, Melaka selalu menggunakan versi ringkas lagu kebangsaan, Negaraku, di majlis dan upacara rasmi negeri. Muziknya digubah oleh Saiful Bahri dari Filem Negara dan Encik Alias Arshad dari Polis Diraja Malaysia, manakala liriknya pula digubah oleh sebuah Jawatankuasa yang dipimpin Setiausaha Negeri ketika itu Datuk Haji Abu Mansor bin Haji Hassan.[3][4] Pada 16 Ogos 1994, kerajaan negeri Melaka meluluskan pengubahsuaian lirik dan rentak lagu negeri ini di sebuah mesyuarat Exconya untuk dimainkan pada 31 Ogos tahun itu.[5]
Lagu Negeri Melaka | |
Lirik | Jawatankuasa Negeri |
---|---|
Muzik | Saiful Bahri dan Alias Arshad |
Diguna pakai | 1974 |
Sampel audio | |
Melaka Maju Jaya
| |
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |