Malaysia Timur
bahagian Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Malaysia Timur , Malaysia Borneo/Borneo Malaysia , atau Borneo States merupakan nama panggilan bagi 2 buah wilayah Borneo dan sebuah wilayah persekutuan di Malaysia yang terletak di Kepulauan Borneo iaitu wilayah Sabah, wilayah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Di pulau ini juga terletak negara Brunei dan wilayah Kalimantan, Indonesia. Malaysia Timur terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia merentasi Laut China Selatan.[1] Bandar raya-bandar raya utama di Malaysia Timur adalah Bandaraya Kuching dan Kota Kinabalu. Bandar-bandar besar lain yang penting termasuklah Bandar Victoria di Wilayah Persekutuan Labuan, Miri, Sibu, dan Bintulu di Sarawak, serta Sandakan dan Tawau di Sabah.
Malaysia Timur adalah antara penyumbang utama Keluaran Dalam Negara (KDNK) Malaysia, dan mempunyai lebih banyak sumber alam seperti petroleum, gas asli, kayu balak, dan arang batu.