Maju dan Sejahtera
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lagu Maju dan Sejahtera ialah lagu rasmi Wilayah Persekutuan, Malaysia bermula 12 Ogos 2006. Lagu versi baru dirasmikan pada 28 Januari 2011 [1].
Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk tatabahasa, gaya, kepaduan, nada, atau ejaan. (April 2023) |
Senikata lagu Maju dan Sejahtera memenuhi hasrat kehidupan warga Wilayah Persekutuan.
Maju mencerminkan kemajuan yang dicapai dari segi ekonomi, politik, sosial, rohani, psikologi dan budaya.
Sejahtera dari segi aspek berikut:
- Bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai infrastrukur yang terancang dan berkualiti;
- Sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat;
- Keselamatan awam yang terjamin dan kemudahan rekreasi untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat;
- Keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat untuk membentuk komuniti yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi;
- Pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan bersikap toleransi;
- Pencapaian ekonomi dan peluang pekerjaan untuk masyarakat; dan
- Nilai kebersihan, keselesaan dan penjagaan alam sekitar.