Lagu Kebangsaan Thailand
From Wikipedia, the free encyclopedia
Phleng Chat (Bahasa Thai: เพลงชาติcode: th is deprecated ) adalah lagu kebangsaan Thailand dan diperkenalkan pada 10 Disember 1939. Lagu digubah oleh Peter Feit (nama Thai: Phra Chen-Duriyang), 1883-1968, anak kepada pendatang dari Jerman dan juga penasihat diraja untuk muzik. Lirik ditulis oleh Luang Saranupraphan.[1][2][3]
เพลงชาติไทย | |
National anthem Thailand | |
Lirik | Luang Saranupraphan, 1939 |
---|---|
Muzik | Phra Chenduriyang, 1932 |
Diguna pakai | 1932 |
Dipilih semula | 1939 (dengan lirik terkini) |
Sampel audio | |
"Thai National Anthem" (instrumental & vocal)
| |
Lagu ini digubah beberapa hari setelah berlakunya satu perebutan kuasa pada 1932 (yang membawa kepada perlaksanaan kerajaan raja berperlembagaan) dan pertama kali disiarkan pada Julai 1932. Lirik pada asalnya digubah oleh Khun Wichitmatra. Apabila negara Siam menukar namanya kepada Thailand pada 1939, sebuah pertandingan telah dilancarkan untuk mencari lirik yang baru. Lirik yang dikarang Luang Saranuprapan menjadi pemenang. Perdana Menteri, Phibunsongkhram, telah memerintahkan lagu kebangsaan ini dimainkan setiap hari tepat pada pukul 8 pagi dan 6 petang, dengan semua orang berdiri untuk memberi penghormatan kepada negara. Undang-undang ini masih berkuatkuasa hingga kini.