From Wikipedia, the free encyclopedia
Kereta Api Bawah Tanah Bandar Raya New York (Inggeris: New York City Subway) adalah sebuah rangkaian transit aliran yang meliputi boro Bandar Raya New York iaitu Manhattan, Brooklyn, Queens, dan Bronx. Sistem ini dimiliki oleh kerajaan Bandar Raya New York dan disewakan kepada Penguasa Pengangkutan Bandar Raya New York[2], sebuah agensi bersekutu dengan Penguasa Pengangkutan Metropolitan (MTA)[3] yang diuruskan oleh kerajaan negeri tersebut. Dibuka pada 27 Oktober 1904, sistem transit tersebut merupakan salah satu sistem pengangkutan awam tertua, paling banyak digunakan, serta mempunyai jumlah stesen terbanyak di seluruh dunia.
Keretapi Bawah Tanah New York New York City Subway | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Pemilik | Kerajaan Bandar Raya New York | ||
Kawasan perkhidmatan | The Bronx, Brooklyn, Manhattan, and Queens | ||
Lokasi | Bandaraya New York | ||
Jenis transit | Alihan laju | ||
Jumlah laluan/aliran | 36 | ||
Jumlah stesen | 472 | ||
Bil. penumpang tahunan | 1,793,073,000 (2022) | ||
Laman sesawang | www.mta.info/nyct | ||
Operasi | |||
Mula beroperasi | bahagian kereta api bawah tanah pertama: 27 Oktober 1904 operasi kereta api jambatan pertama: 3 Juli 1868 | ||
Pengendali | Lembaga Transit Bandaraya New York (NYCTA) | ||
Teknikal | |||
Panjang sistem | 209 bt (337 km) panjang laluan 656 bt (1,056 km) panjang rel (beroperasi) 842 bt (1,355 km) panjang laluan keseluruhannya. | ||
Tolok landasan | 4 kaki 8 1⁄2 in (1,435 mm) tolok piawai | ||
| |||
sunting |
Rangkaian ini beroperasi sepanjang 24 jam sehari 7 hari seminggu sepanjang tahun kecuali dalam keadaan kecemasan ataupun bencana alam. Menurut jumlah penumpang tahunan, ia adalah sistem transit aliran tersibuk di Hemisfera Barat dan dunia Barat, serta sistem pengangkutan alirah rel yang ke-11 tersibuk di dunia[4]. Pada tahun 2022, kereta api tersebut membawa sebanyak 1,793,073,000 penumpang. Tarikh 29 Oktober 2015 menandakan rekod jumlah penumpang tertinggi dalam tempoh sehari, di mana lebih daripada 6.2 juta penumpang menggunakan rangkaian tersebut sejak mulanya pemantauan data penggunaan secara berkala pada tahun 1985.[5]
Sistem tersebut juga merupakan salah satu sistem transit al terpanjang di dunia dengan meliputi sejauh 399 km (248 batu), termasuk 1,070 km (665 batu) laluan pendapatan membawa jumlah keseluruhan sebanyak 1,370 km (850 batu) termasuk laluan tanpa pendapatan. Daripada 28 laluan sistem ini, 25 daripadanya melalui Manhattan. Sebahagian besar dari kereta api tersebut di luar Manhattan adalah terangkat, di tambak, atau tanah ditarah, dan beberapa bahagian trek berada pada aras bumi. 40% daripada trek berada di atas tanah.[6] Kebanyakan laluan-laluan dan stesen-stesen menawar perkhidmatan ekspres serta perkhidmatan tempatan, di mana laluan ini biasanya mempunyai tiga atau empat trek. Biasanya, dua trek di bahagian luar digunakan oleh perkhidmatan kereta api tempatan, manakala satu atau dua trek bahgian dalam digunakan unutk perkhidmatan kereta api ekspres.
Pada tahun 2018, belanjawan rangkaian ini mencecah sebanyak AS$8.7 bilion, dibiayai dengan kutipan tambang, tol jambatan, dan cukai serantau yang ditetapkan, serta pembiayaan langsung dari kerajaan negeri dan tempatan.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.