Kelur
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pokok kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai atau moringa[1] (Tamil: முருங்கை, rumi: merunggaicode: ta is deprecated ) atau pokok benzoil[1] merupakan satu-satunya tumbuhan genus Moringa dalam keluarga Moringaceae. Pokok ini berasal dari bahagian selatan kaki pergunungan Himalaya barat laut India, namun sudah biasa tumbuh di kawasan tropika dan separa tropika.
Fakta Segera Pokok Kelor ڤوکوق کلور, Pengelasan saintifik ...
Pokok Kelor ڤوکوق کلور | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | Moringaceae |
Genus: | |
Spesies: | M. oleifera |
Nama binomial | |
Moringa oleifera | |
Tutup
Pokok ini mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya. Lengai muda dan daun pokok kelor digunakan sebagai sayuran. Lengai dari pokok ini juga boleh digunakan bagi membersihkan air dan membersihkan tangan, dan kadang-kala digunakan dalam perubatan herba.