Kelentong
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelentong atau skam ialah cubaan menipu seseorang atau sekumpulan individu selepas mula-mula mendapat kepercayaan mereka. Ia direka untuk memanipulasi individu supaya mangsa menyerahkan wang, maklumat peribadi atau barangan berharga melalui cara-cara yang tidak jujur. Antara jenis pengelentongan yang biasa ditemui ialah skim pelaburan palsu, emel pemancing data, skam pembelian dalam talian, skam perjudian dan skam cinta. Pengelentongan juga termasuk permainan meneka tempurung, silap mata, skim piramid dan sebagainya yang melibatkan mangsa mempertaruhkan wang. Dalam kes begini, ia dipanggil helah keyakinan atau permainan keyakinan.
Ia mempergunakan kepercayaan, kenaifan, belas kasihan, kesombongan, keyakinan, kecuaian dan sifat tamak mangsa. Penyelidik mendefinisikannya sebagai "sejenis perbuatan menipu yang khusus [...] yang berniat untuk melanjutkan urus niaga yang hanya menguntungkan sebelah pihak secara suka rela", kerana ia "menguntungkan tukang kelentong dengan memudaratkan mangsa mereka ('sasaran')".[1]