Kedaulatan undang-undang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kedaulatan undang-undang ialah prinsip perundangan yang menyatakan bahawa keseluruhan negara harus diperintah oleh undang-undang. Prinsip tersebut biasanya merujuk kepada pengaruh undang-undang kepada keseluruhan masyarakat, terutamanya para pemerintah pengatur perilaku, termasuk perilaku para pejabat pemerintah.[1][2] Dalam hal ini, kedaulatan undang-undang adalah lawan kepada tirani atau oligarki, di mana para pemerintah berada di atas undang-undang. Istilah ini berasal dari budaya Inggeris pada abad ke-16, dan pada abad berikutnya, ahli teologi Scots Samuel Rutherford menggunakan istilah tersebut dalam hujah menentang hak ketuhanan raja.[3]
Albert Venn Dicey dalam Introduction to the Law of the Constitution mengatakan bahawa kedaulatan undang-undang memiliki tiga unsur dasar:[4]
- Supremasi aturan undang-undang: seseorang hanya boleh dihukum kalau melanggar undang-undang;
- Kedudukan yang sama di mata undang-undang, baik pemerintah mahupun rakyat jelata;
- Terjaminnya hak asasi manusia melalui undang-undang dan keputusan pengadilan.
Kedaulatan undang-undang dikira sebagai antara perkara kunci dalam menentukan kualiti dan darjat tadbir urus baik negara.[5] Kajian seperti Penunjuk Tadbir Urus Antarabangsa menetapkan kedaulatan undang-undang sebagai: "darjhat agen memiliki keyakinan dan menuruti peraturan masyarakat, khususnya kualiti penguatkuasaan kontrak, polis dan kehakiman serta kecenderungan jenayah atau keganasan."[5]