I.O.I
From Wikipedia, the free encyclopedia
I.O.I (Hangul: 아이오아이code: ko is deprecated ; juga dikenali sebagai IOI[1] atau Ideal of Idol) ialah sebuah kumpulan wanita Korea Selatan dibentuk oleh CJ E&M melalui program realiti pada tahun 2016, Produce 101 yang disiarkan menerusi saluran televisyen Mnet. Kumpulan ini terdiri daripada sebelas orang ahli yang dipilih daripada 101 pelatih dari pelbagai syarikat hiburan: Lim Na-young, Kim Chung-ha, Kim Se-jeong, Jung Chae-yeon, Zhou Jieqiong, Kim So-hye, Yoo Yeon-jung, Choi Yoo-jung, Kang Mi-na, Kim Do-yeon dan Jeon So-mi. Mereka membuat kemunculan pertama pada 4 Mei 2016 menerusi album mini pertama mereka Chrysalis dan dipromosikan secara aktif secara keseluruhan dan sebagai sub-unit selama kurang dari setahun.
I.O.I | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | K-pop |
Tahun aktif | 2016 (2016)–2017 |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | |
Laman sesawang | Laman sesawang rasmi |
Bekas ahli |
|
Konsert kumpulan bertajuk Time Slip – I.O.I, yang diadakan pada 20 hingga 22 Januari 2017, menandakan aktiviti kumpulan terakhir mereka di atas pentas. Mereka secara rasmi dibubarkan pada akhir Januari 2017 dan kembali ke agensi masing-masing.