Hikayat Hang Tuah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hikayat Hang Tuah (Jawi: حكاية هڠ تواهcode: ms is deprecated ) ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang taat kepada rajanya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 (manuskrip Leiden Cod.Or.1762.) tetapi manuskrip lengkap bertarikh 1849.[1]