Harold Ramis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Harold Allen Ramis (/ˈreɪmᵻs/; 21 November 1944 – 24 Februari 2014) merupakan seorang pelakon, pelawak, pengarah dan penulis Amerika Syarikat.[1][2][3][4][5][6] Watak lakonannya yang paling terkenal ialah sebagai Egon Spengler dalam Ghostbusters (1984) dan Ghostbusters II (1989), dan sebagai Russell Ziskey dalam Stripes (1981); beliau juga menulis bersama filem-filem tersebut. Sebagai pengarah, filem-filem arahan beliau termasuk Caddyshack (1980), National Lampoon's Vacation (1983), Groundhog Day (1993), dan Analyze This (1999). Ramis merupakan ketua penulis asal siri televisyen SCTV, yang mana beliau juga ialah penghibur, dan juga sebagai penulis bersa,a Groundhog Day dan National Lampoon's Animal House (1978). Filem terakhir yang beliau tulis, terbit, arah, dan berlakon ialah Year One (2009).
Harold Ramis | |
---|---|
Kelahiran | Harold Allen Ramis (1944-11-21)21 November 1944 |
Meninggal dunia | Februari 24, 2014(2014-02-24) (umur 69) Glencoe, Illinois, A.S. |
Dikebumikan | Shalom Memorial Park, Arlington Heights, Illinois, U.S. |
Pusat pendidikan | Universiti Washington di St. Louis |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1968–2014 |
Pasangan |
|
Anak-anak | 4 |
Hasil karya Ramis telah mempengaruhi generasi pelawak, penulis komedi dan pelakon. Pembikin filem dan pelakon termasuk Jay Roach, Jake Kasdan, Adam Sandler, Peter dan Bobby Farrelly yang memetik filem-filemnya antara kegemaran mereka. Bersama-sama Danny Rubin, beliau memenangi Anugerah BAFTA untuk Lakonlayar Asal Terbaik untuk Groundhog Day.[7]