Hamzah Abu Samah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah bin Dato' Abu Samah (5 Januari 1924 – 4 September 2012) merupakan ahli politik UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 mewakili Parti Perikatan. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 beliau menang kawasan Temerloh, negeri Pahang atas tiket parti Barisan Nasional. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, beliau dilantik menjadi Menteri Undang-undang.
Fakta Segera Presiden Persekutuan Bolasepak Asia (AFC), Didahului oleh ...
Hamzah Abu Samah | |
---|---|
Presiden Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) | |
Dalam jawatan 9 Disember 1978 – 1 Ogos 1994 | |
Didahului oleh | Kambiz Atabay |
Digantikan oleh | Sultan Ahmad Shah |
Menteri Undang-Undang dan Peguam Negara | |
Dalam jawatan 1977–1980 | |
Didahului oleh | Abdul Kadir Yusof |
Digantikan oleh | James Peter Ongkili sebagai Menteri Kehakiman Abu Talib Othman sebagai Peguam Negara |
Menteri Perdagangan dan Industri | |
Dalam jawatan 1974–1977 | |
Didahului oleh | Hussein Onn |
Digantikan oleh | Mahathir Mohamad |
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan | |
Dalam jawatan 22 April 1971 – 1 Mei 1973 | |
Didahului oleh | Senu Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Ali Ahmad |
Menteri Penerangan dan Penyiaran | |
Dalam jawatan 1969–1971 | |
Didahului oleh | Senu Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Ghazali Shafie |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Temerloh, Pahang | |
Dalam jawatan 1974–1982 | |
Didahului oleh | Mohamed Yusof Mahmud |
Digantikan oleh | Sabbaruddin Chik |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Raub, Pahang | |
Dalam jawatan 1967–1974 | |
Didahului oleh | Hussein Hassan |
Digantikan oleh | Abdullah Majid |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1924-01-05)5 Januari 1924 Kuala Lipis, Pahang, British Malaya (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 4 September 2012(2012-09-04) (umur 88) Mantin, Negeri Sembilan, Malaysia |
Tempat persemadian | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Toh Puan Zainon Hussein |
Ibu | Datin Pengiran Aminah Pengiran Haji Kassim |
Bapa | Dato' Setia Raja Abu Samah Haji Ali |
Tutup
Beliau ialah Tokoh Sukan Negara yang juga bekas menteri Kabinet termasuk Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau merupakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Seumur Hidup dan memegang pelbagai jawatan penting dalam sukan sama ada dalam negara mahupun peringkat antarabangsa.