Halia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Halia (Jawi: هلياcode: ms is deprecated ; nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan di mana rizomnya diambil dan selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dan perubatan tradisional.[2] Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara Maritim[3] dan dipercayai mula diusahakan oleh orang Austronesia selaintemu putih dan lempoyang[4] kemudian merebak penggunaannya ke India, China, Afrika Barat dan Caribbean. Ia termasuk dalam keluarga Zingiberaceae, yang juga termasuk kunyit,[5] pelaga, dan lengkuas. Tumbuhan jahe dikategorikan sebagai tumbuhan kultigen yakni yang tidak hidup liar kerana telah kehilangan kemampuannya tumbuh melalui biji seperti kebanyakan jenis rempah lainnya dan hanya biasa berkembang biak melalui reproduksi vegetatif menggunakan akarnya yang merupakan akibat dari seleksi buatan manusia.[4]
Halia | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | Commelinids |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | Z. officinale |
Nama binomial | |
Zingiber officinale Roscoe 1807[1] | |
Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.
Halia juga dikenali sebagai aliah, lia (Dayak), lahya (Komering) dan lahia (Nias)[6][7] seturunan kata akar Proto-Austronesia *laqia.[8] Nama-nama lain serantau Nusantara: jahe dalam bahasa Sunda, jae (Jawa), jhai (Madura), jae (Kangean), jahi (Lampung), sipodeh (Minangkabau)[6][7] dan kinkh atau khing-daen (Thailand).
Kegunaannya sebagai ulam adalah dengan menghiris rizom muda atau dilecek bersama sambal belacan dan dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas. Terdapat tiga jenis yang lazim dijual di pasaran iaitu:
- Halia gajah/badak: yang paling disukai di pasaran antarabangsa. Bentuknya besar gemuk dan rasanya tidak terlalu pedas. Isi rimpang berwarna kuning hingga putih.
- Halia kuning: yang banyak dipakai sebagai bumbu masakan. Rasa dan aromanya cukup tajam. Ukuran rimpang sedang dengan warna kuning.
- Halia merah: mengandungi minyak pati tinggi dan rasa paling pedas, sehingga cocok untuk bahan dasar farmasi dan jamu. Bahkan digunakan pula sebagai pengawet semulajadi di industri makanan kerana bersifat antibakteria membasmi bakteria patogen dan perosak makanan.[9] Ukuran rimpangnya paling kecil dengan kulit warna merah dan serat lebih besar dibandingkan dengan halia biasa.