Gunung Kosciuszko
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Kosciuszko (bahasa Inggeris: Mount Kosciuszkocode: en is deprecated atau Kosciuszko;[4][5] disebut /ˌkɒziˈɒskoʊ/ terdekat [ko.zi.os.kou] atau [/kɒˈʃʊʃkoʊ/ terdekat ko.syus.ko][6]) adalah sebuah gunung terletak dalam banjaran utama Pergunungan Salji tenggara New South Wales, Australia. Ia merupakan gunung tertinggi di negara dan benua tersebut setinggi 2,228 meter dari aras laut. Ia merupakan sebahagian daripada Taman Nasional Kosciuszko.
Mount Kosciuszko | |
---|---|
Tar-gan-gil/Kunama Namadgi | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 2,228 m (7,310 ka) [1][2] |
Tonjolan | 2,228 m (7,310 ka) [1] |
Pengasingan | 1,894.26 km (1,177.04 bt) [1] |
Senarai |
|
Koordinat | 36°27′21″S 148°15′49″E [3] |
Geografi | |
Induk banjaran | lajur utama Banjaran Pemisah Besar |
Peta topo | Perisher Valley |
Pendakian | |
Pendakian pertama | Masyarakat peribumi benua, mula dipetakan 1840 oleh Paweł Edmund Strzelecki[1][3] |
Laluan paling mudah | Jalan tanah |
Gunung ini dinamakan memperingati pahlawan Poland Tadeusz Kościuszko lagi-lagi kerana menyerupai Kubu Peringatan Kościuszko di Kraków, Poland.[7] Penamaan ini diberi penjelajah dan pemeta dari negara sama Paweł Edmund Strzelecki dalam sebahagian usaha mengkaji iklim, geologi, paleontologi dan geografi NSW dan menerbitkan penemuannya;[8] beliau tiba di puncak gunung tersebut pada 12 Mac 1840.[9][10]