From Wikipedia, the free encyclopedia
Google, LLC[5] merupakan sebuah syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat, yang mendapat keuntungan dari iklan yang berkaitan dengan enjin gelintar Internet, e-mel, petaan dalam produktiviti pejabat, rangkaian sosial dan perkhidmatan perkongsian video. Google pada awalnya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 7 September 1998. Syarikat yang bertapak di Mountain View, California ini mempunyai 19,786 orang pekerja sepenuh masa setakat 31 Mac 2009. Eric Schmidt, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sundar Pichai merupakan CEO Google sekarang, semenjak penubuh syarikat ini Larry Page meletak jawatan.
Dinamakan sempena | googol, Barney Google |
---|---|
Nama dahulu | Google Inc. (1998–2017) |
Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
Industri |
|
Ditubuhkan | 4 September 1998; 25 tahun yang lalu (1998-09-04) di Menlo Park, California[1][2] |
Pengasas | |
Ibu pejabat | 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, California, A.S.[3] |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting |
|
Keluaran | Carian Google, Software tools, Google Voice, Google Ads, Google Pay, enjin gelintar web, Peta Google, Gmail |
Pemilik | Larry Page, Sergey Brin, Eric Schmidt, Alphabet Inc., XXVI Holdings |
Bilangan kakitangan | 85,050[4] (Q1 2018[kemas kini]) |
Syarikat induk | Alphabet Inc. (2015–kini) |
Anak syarikat | AdMob, DoubleClick, On2 Technologies, Picnik, YouTube, Zagat, Waze, Blogger, SlickLogin, Boston Dynamics, Bump, Google DeepMind, WIMM One, VirusTotal, Google X, Motorola Mobility, Google.org, Google Store, Keyhole, Inc, Google China, ITA Software, ImageAmerica, Kaltix Corp., FeedBurner, Google Nest, Neotonic Software, PeakStream, Postini, Google Affiliate Network, dMarc Broadcasting, Google Workspace, Google Cloud Platform, GV, Endoxon, GoogleLLC, BufferBox, Google (Switzerland), Google (Ireland), Google Canada, Google Voice, Waymo, Google Nest, Google Ads, Urchin Software Corporation, Google Poland, Fitbit, Google Open Source, Planetary Ventures, Google Japan G.K. |
Tapak web | google |
sunting · sunting di Wikidata |
Nama "Google" berasal dari kesilapan mengeja "googol,"[6][7] yang merujuk kepada 10100 (angka 1 diikuti seratus angka sifar). Kata kerja "google" dalam Bahasa Inggeris dibubuh dalam Merriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford English Dictionary, bermaksud "menggunakan enjin gelintar Google untuk memperoleh maklumat dari Internet."[8][9]
Google bermula sebagai satu projek penyelidikan pada Januari 1996 oleh Larry Page dan Sergey Brin, dua pelajar Ph.D. di Universiti Stanford, California.[10]
Misi Google adalah "untuk menetapkan maklumat dunia dan membuatnya boleh dicapai dan berguna secara universal". Slogan tidak rasmi syarikat ini, diciptakan oleh mantan pekerja dan jurutera pertama Gmail[11] Paulus Buchheit, adalah "Jangan jahat". Kritik terhadap Google termasuk kebimbangan tentang privasi maklumat peribadi, hak cipta, dan tapisan. Slogan tidak rasmi syarikat "Don't be evil" telah dikeluarkan daripada kod tatalaku syarikat sekitar Mei 2018, tetapi dikembalikan semula pada 31 Julai 2018.[12][13]