Gentianales
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gentianales merupakan sebuah susunan tumbuhan berbunga yang termasuk dalam kumpulan asterid dikotiledon.
Maklumat lanjut Pengelasan saintifik, SusunanMagnoliopsida ...
| ||||||||||||||||||
|
Tutup
Pembatasan Gentianales dalam sistem Cronquist merangkumi famili-famili Retziaceae, Gentianaceae, Saccifoliaceae, Apocynaceae, dan Asclepiadaceae serta sebuah famili yang ditakrif secara umum, iaitu Loganiaceae, yang kini telah dipecahkan kepada beberapa famili.
Pembatasan yang diakui oleh Kumpulan Filogeni Angiosperma (APG) termasuk:
- Apocynaceae (termasuk Asclepiadaceae);
- Gelsemiaceae (diasingkan daripada Loganiaceae);
- Gentianaceae (termasuk Saccifoliaceae), Loganiaceae; dan
- Rubiaceae (famili kopi).
Di bawah takrif APG, sebilangan ahli Gentianales yang terkenal ialah kopi, bunga cina, dan bunga kemboja.
APG memasukkan Retziaceae dalam Stilbaceae (susunan Lamiales).