Fizik
Pengajian jirim dan gerakan, bersama-sama dengan konsep berkaitan seperti tenaga dan daya / From Wikipedia, the free encyclopedia
Fizik (Jawi: فيزيکcode: ms is deprecated ) ; dari bahasa Yunani dari φυσικός (phusikos): semula jadi, daripada φύσις (fysis): alam semula jadi; dari bahasa Inggeris: physics) adalah sains semula jadi; ia adalah kajian mengenai jirim[1] dan pergerakannya menerusi ruang dan masa serta semua yang datang daripadanya, sebagai contoh tenaga dan daya.[2] Secara umumnya, fizik adalah suatu analisis tentang bagaimana fenomena alam semula jadi berlaku di dunia dan alam semesta.[3][4]
Fizik ialah salah satu daripada bidang akademik yang berkembang dari zaman kuno, dengan bidang astronomi sebagai cabangnya yang tertua. [5]
Fizik mengkaji tabiat dan interaksi antara jisim dan sinaran. Hukum fizik dinyatakan melalui persamaan matematik. Hukum ini merupakan usaha untuk mewujudkan kaitan antara data uji kaji yang berbeza. Kaedah saintifik digunakan dalam usaha untuk menjelaskan hukum diperolehi dari uji kaji. Terdapat kefahaman yang salah bahawa hukum fizik hanyalah teori mudah yang dapat dipastikan kebenarannya.
Sebagai contoh, di dalam hukum Newton, graviti merupakan hukum (ia melambangkan perhubungan kuantitatif antara data berbeza), tetapi tidak mempunyai penjelasan, jadi ia tidak dianggap teori. Bagaimanapun, teori Einstein mengenai kerelatifan umum adalah teori kerana ia cuba untuk melakukan lebih dari sekadar menyesuaikan data kepada perhubungan.
Fizik berkait rapat dengan sains tulen lain, terutamanya kimia, contohnya mengenai sains molekul dan sebatian kimia yang dihasilkan secara pukal. Kimia merangkumi banyak bidang fizik, terutamanya mekanik kuantum, termodinamik dan keelektromagnetan. Bagaimanapun, fenomena kimia cukup berbeza dan rumit sehinggakan kimia dianggap bidang yang berlainan.