Eurocopter EC225 Super Puma
From Wikipedia, the free encyclopedia
Airbus Helicopters H225 (dahulunya Eurocopter EC225 Super Puma) adalah sebuah helikopter mengangkut penumpang jarak jauh yang dibangunkan oleh Eurocopter sebagai sebuah generasi baharu dalam keluarga helikopter awam Super Puma. Ia memiliki sepasang enjin kembar dan boleh membawa sehingga 24 orang penumpang bersama dua orang juruterbang dan seorang pembantu kabin, bergantung pada konfigurasi pelanggan. Helikopter dipasarkan bagi tugas-tugas mengangkut penumpang VIP dan sokongan luar pantai, selain misi-misi khidmat awam.
EC225 Super Puma H225 | |
---|---|
Sebuah helikopter EC225 milik Agensi Keselamatan Maritim Sepanyol di Lapangan Terbang A Coruña | |
Peranan | Helikopter mengangkut penumpang |
National origin | Multinational |
Pengeluar | Eurocopter Airbus Helicopters |
Penerbangan sulung | 27 November 2000 |
Pengenalan | Disember 2004 |
Pengguna utama | CHC Helicopter[1] |
Dikeluarkan | 1999–kini |
Jumlah dibina | 170+(as of 2016)[2] |
Dibangunkan daripada | Eurocopter AS332 Super Puma |
Kelainan | Eurocopter EC725 |
EC225 juga mempunyai versi ketenteraan yang mana asalnya didesignasikan sebagai Eurocopter EC725; pada tahun 2015, ia dijenamakan semula sebagai H225M. Pada tahun 2015, EC225 secara rasminya dinamakan semula sebagai H225, selari dengan penjenamaan semula korporat Eurocopter sebagai Airbus Helicopters.[3]