Elizabeth Tan
Penyanyi dan pelakon Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Jangan dikelirukan dengan Elizabethan.
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Tan.
Elizabeth Tan Su Mei (谭素美; lahir 18 November 1993), juga dikenali sebagai Lizzy ialah seorang penyanyi, model dan pelakon di Malaysia.[1] Elizabeth memulakan kerjaya muziknya dengan menghasilkan single "Knock Knock" (2014),[2] "Setia" menampilkan Faizal Tahir (2015)[3] dan "Tabah" (2016).[4] Selain itu, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium (2015) arahan Shy8.[5] Bakatnya dalam bidang muzik turut mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2015.[6]
Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Elizabeth Tan | |
---|---|
谭素美 | |
Kelahiran | Elizabeth Tan Su Mei (1993-11-18) 18 November 1993 (umur 30) |
Nama lain | Lizzy |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2013–kini |
Ketinggian | 5 ft 6.142 in (1.68 m) |
Pasangan | Siew Jim (k. 2021) |
Saudara | Andrew Tan (abang) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Warner Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Faizal Tahir, Aziz Harun |
Laman sesawang | Laman web rasmi |
Tutup