David Shankbone
From Wikipedia, the free encyclopedia
David Miller, yang dikenali dengan pseudonim David Shankbone, ialah seorang jurugambar, blogger dan bekas paralegal Amerika Syarikat.[1][2] Beliau disebut oleh PBS sebagai "wartawan foto media baru paling berpengaruh di dunia"[3] kerana sejumlah foto copyleft hasil karyanya, yang dimuat naik ke Wikimedia Commons dan kelihatan di Wikipedia, mendokumentasikan para selebriti, ahli politik dan peristiwa, terutama tunjuk perasaan Occupy Wall Street.
David Shankbone | |
---|---|
Kelahiran | David Miller |
Warganegara | Amerika Syarikat |
Pusat pendidikan |
|
Pekerjaan | Pengurus pejabat undang-undang Wall Street |
Tahun aktif | 2006–kini |
Terkenal kerana | Kewartawanan foto amatur |
Laman web rasmi | https://www.davidshankbone.com/ |
Sebagai wartawan rakyat Wikinews, beliau merupakan orang pertama yang menemubual ketua negara, Presiden Israel Shimon Peres. Hasil fotografi beliau banyak digunakan di luar Wikipedia,[4] telah digunakan oleh majalah dan and laman web berita seperti New York Times, Miami Herald, dan Business Insider,[3][5] dan tampil dalam satu pameran di Museum of the City of New York. Dalam profil temubual Wikinews beliau, Columbia Journalism Review menulis, "Karya Miller terasa seperti sedikit kemunduran ketika Oriana Fallaci menerbitkan transkrip panjang wawancara dalam bentuk buku dan David Frost menyiarkan acara duduk selama enam jam bersama Richard Nixon."[1]