From Wikipedia, the free encyclopedia
Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) merupakan darjah yang kedua antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia dan tidak mempunyai darjah kecil.
Darjah-Darjah Kerabat Persekutuan | |
---|---|
Dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong | |
Jenis | Darjah Kebesaran Persekutuan |
Dizahirkan | 16 Ogos 1958 |
Negara | Malaysia |
Reben | Kuning dan di tengahnya terdapat jalur merah. Di kedua-dua belah tepinya terdapat jalur kecil putih di antara dua jalur kecil berwarna biru. |
Cogan kata | Berpegang Tegoh Pada Allah |
Kelayakan | Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja Melayu, anak-anak Raja negara luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama. |
Status | Masih dikurniakan |
Penganugerah | Yang di-Pertuan Agong |
Gred | Darjah Utama Seri Mahkota Negara |
Singkatan darjah | D.M.N. |
Perangkaan | |
Pelantikan pertama | 1958 |
Pelantikan terakhir | 2023 |
Jumlah lantikan | 45 DMN 68 DMN (K) |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia |
Lebih rendah | Seri Maharaja Mangku Negara |
Reben darjah | |
sunting · sunting di Wikidata |
Bilangan ahli D.M.N. terhad kepada 30 orang. D.M.N ini dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang baru sahaja ditabalkan di negerinya. 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Asing, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.
Darjah Utama Seri Mahkota Negara ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Kalung Darjah mengandungi motif tengah yang berbentuk dua bilah keris bersarung yang bersilang serta menjulang. Bintang dan Bulan Sabit Bintang Darjah ini diperbuat daripada emas dan berbentuk bintang pecah sembilan. Lencana Darjah ini diperbuat daripada bintang pecah lima. Selepang Darjah diperbuat daripada kain sutera kuning dan di tengahnya terdapat jalur merah dan hujungnya berikat reben.
Di kedua-dua belah tepinya terdapat jalur kecil putih di antara dua jalur kecil berwarna biru. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.