Cili
From Wikipedia, the free encyclopedia
Cili (Jawi: چيليcode: ms is deprecated ), lada (Jawi: لاداcode: ms is deprecated ), cabai (Jawi: چابايcode: ms is deprecated ) atau nama saintifiknya Capsicum spp. ialah sejenis sayuran berbuah daripada keluarga Solanaceae[3] terdiri daripada pelbagai spesies dan varieti tumbuhan yang mengeluarkan buah memberikan rasa pedas hasil kandungan kapsaisin[4] sehinggakan sangat diingini dalam masakan sebagai rempah.
Cili Cabai Lada | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Genus: | Capsicum |
Varieti and Kultivar | |
| |
Sinonim[2] | |
Synonymy
|
Ia dipercayai berasal dari penanaman baka liar di Mexico[5] dan Amerika Selatan.[6] Ia disebarkan meluas serata dunia selepas diperkenalkan para pelayar Eropah di Asia dan Eropah pada abad-abad ke-15 dan 16, di mana ia menjadi kegemaran banyak masyarakat sedunia terutamanya di kawasan beriklim tropika yang menerapkan dalam masakan dan perubatan setempat.[7][8]