Bosnia dan Herzegovina
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bosnia dan Herzegovina (Jawi: بوسنيا دان هرزيݢوۏيناcode: ms is deprecated ) ialah dua negara yang bersatu tetapi dibawah pemerintah berparlimen yang sama di semenanjung Balkan di selatan Eropah dengan keluasan sebesar 51,129 km² (19,741 batu persegi) dengan jumlah sekitar empat juta penduduk. Negara Bosnia dikenali dalam bahasa rasminya sebagai Bosna i Hercegovina dalam huruf Latin dan Босна и Херцеговина dalam huruf Cyrillic; namun biasanya, ia dipendekkan kepada Bosnia, BiH atau БиХ .
Bosnia dan Herzegovina بوسنيا دان هرزيݢوۏيناcode: ms is deprecated Bosna i Hercegovina Босна и Херцеговина | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Državna himna Bosne i Hercegovine Lagu kebangsaan Bosnia dan Herzegovina | |||||
Ibu negara | Sarajevo[1] 43°52′N 18°25′E | ||||
Bandar terbesar | ibu negara | ||||
Bahasa-bahasa rasmi | Tiada (de jure) Bosnia, Croat dan Serb (de facto, pelbagai loghat bahasa Serb-Croat) | ||||
Kumpulan etnik (bancian 2013) |
| ||||
Demonim | |||||
Kerajaan | Republik persekutuan berparlimen[3] | ||||
• Pengerusi Majlis Presiden | Denis Bećirovićc | ||||
• Anggota Majlis Presiden | Željka Cvijanovića Željko Komšićb | ||||
• Perdana Menteri | Borjana Krišto | ||||
Badan perundangan | Dewan Parlimen | ||||
Dewan Rakyat | |||||
Dewan Perwakilan | |||||
Kemerdekaan | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 51,197 km2 (19,767 bt2) (ke-127) | ||||
0.8% | |||||
Populasi | |||||
• Bancian Penduduk 2013 | 3,531,159[4] | ||||
68.97/km2 (178.6/sq mi) | |||||
KDNK (PPP) | 2016 | ||||
• Jumlah | $41.127 bilion[5] | ||||
$11,647[5] | |||||
KDNK (nominal) | 2016 | ||||
• Jumlah | $16.306 bilion[6] | ||||
$4,617.75[6] | |||||
Gini (2013) | 36.2[7] sederhana | ||||
HDI (2014) | ▲ 0.733[8] tinggi · ke-85 | ||||
Mata wang | Mark ( BAM ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
UTC+2 (CEST) | |||||
Format tarikh | dd. mm. yyyy. (CE) | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | 387 | ||||
DPT internet | .ba | ||||
|
Negara ini didiami oleh tiga kelompok etnik yang utama: kaum Bosnia, kaum Serbia dan kaum Croatia. Warga Bosnia secara amnya dikenali sebagai Bosnians dalam bahasa Inggeris tidak kira apa bangsa mereka. Pemerintahan negara ini dilakukan secara terpencar dan negara Bosnia sebenarnya terdiri daripada persekutuan dua buah wilayah yang utama, iaitu, Persekutuan Bosnia dan Herzegovina dan Republika Srpska.
Disempadani oleh Croatia di utara, barat dan selatan, Serbia di timur, dan Montenegro di selatan, Bosnia dan Herzegovina ialah sebuah negara yang dikelilingi oleh daratan kecuali bagi sebuah persisiran pantai Laut Adriatik yang sepanjang 20 km yang berpusat di bandar Neum. Pedalaman negara ini penuh dengan gunung-ganang dan juga sungai yang kebanyakannya tidak boleh ditempuhi. Ibu negara dan bandar terbesar ialah Sarajevo.