Bima Sakti
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bima Sakti (Jawi: بيما سقتيcode: ms is deprecated , sebutan (bantuan·maklumat)) adalah sebuah galaksi pilin berpalang yang merupakan sebahagian galaksi Kumpulan Tempatan dan terletaknya Sistem Suria. Satah galaksi Bima Sakti dapat dilihat dari Bumi sebagai jalur cahaya di langit pada waktu malam, rupa jalur cahaya berkenaan mengilhami nama galaksi ini.
Data pemerhatian | |
---|---|
Jenis | SBbc (galaksi pilin berpalang) |
Ukur lilit | 100,000 tahun cahaya |
Ketebalan | 1,000 tahun cahaya (bintang) |
Bilangan bintang | 200 hingga 400 bilion |
Bintang tertua | 13.2 bilion tahun |
Jisim | 5.8×1011 M☉ |
Jarak antara Matahari dengan pusat galaksi | 26,000 ± 1400 tahun cahaya |
Tempoh putaran galaksi Matahari | 220 tahun cahaya (putaran negatif) |
Tempoh putaran pola pilin | 50 juta tahun[1] |
Tempoh putaran pola palang | 15 ke 18 juta tahun[1] |
Kelajuan relatif kepada rangka rehat CMB | 552 km/s[2] |
Lihat juga: Galaksi, Senarai galaksi | |
Galaksi Bima Sakti dianggarkan mengandungi 100–400 bilion butir bintang[3][4] dan sekurang-kurangnya bilangan planet yang sama banyak.[5][6] Di pusat galaksi ini terletaknya sebuah lohong hitam supermasif dikenali dengan nama Sagittarius A*, jisimnya bernilai 4.100 (± 0.034) juta jisim suria.[7][8] Sistem Suria duduk 27,000 tahun cahaya dari pusat tersebut[9] di pinggir dalam Lengan Orion, salah satu lengan gas dan habuk berbentuk pilin dalam galaksi ini.