Benigno Aquino III
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai bekas Presiden Filipina. Untuk datuknya, sila lihat Benigno Aquino Sr.. Untuk bapanya, sila lihat Benigno Aquino, Jr..
Di dalam nama orang Filipina, nama tengah atau nama keluarga sebelah ibunya ialah Cojuangco dan nama keluarga sebelah bapanya ialah Aquino.
Benigno Simeon Cojuangco Aquino III (dikenali sebagai PNoy dan Noynoy; 8 Februari 1960 – 24 Jun 2021) ialah seorang ahli politik Filipina yang berkhidmat sebagai Presiden Filipina ke-15 dari 2010 hingga 2016.[2][3][4] Beliau yang juga merupakan Senator Filipina, ialah satu-satunya anak lelaki bekas presiden Corazon Aquino dan bekas senator Benigno Aquino, Jr.
Fakta Segera Presiden Filipina, Naib Presiden ...
Benigno S. Aquino III[1] | |
---|---|
Presiden Filipina | |
Dalam jawatan 30 Jun 2010 – 30 Jun 2016 | |
Naib Presiden | Jejomar Binay |
Didahului oleh | Gloria Macapagal-Arroyo |
Digantikan oleh | Rodrigo Duterte |
Senator Filipina | |
Dalam jawatan 30 Jun 2007 – 30 Jun 2010 | |
Ahli Dewan Perwakilan dari daerah ke-2 Tarlac | |
Dalam jawatan 30 Jun 1998 – 30 Jun 2007 | |
Didahului oleh | Jose Yap |
Digantikan oleh | Jose Yap |
Butiran peribadi | |
Lahir | Benigno Simeon Cojuangco Aquino III (1960-02-08)8 Februari 1960 Manila, Filipina |
Meninggal dunia | 24 Jun 2021(2021-06-24) (umur 61) Quezon City, Filipina |
Parti politik | Parti Liberal |
Hubungan | Benigno Aquino, Jr. (bapa) Corazon Aquino (ibu) Kris Aquino (adik perempuan) |
Alma mater | Yayasan Universiti Angeles |
Profesion | Penjawat awam |
Tutup
Lepasan Universiti Ateneo de Manila ini pernah diguling oleh askar pemberontak dalam satu cubaan merampas kuasa ketika ibunya memerintah negara. Pada tahun 1998, beliau dipilih untuk menyertai Dewan Perwakilan sebagai Wakil daerah ke-2 wilayah Tarlac di Konges Filipina ke-11. Pada tahun 2007, beliau dilantik ke dalam Senat di Kongres Filipina ke-14.