Bendera Argentina
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bendera Argentina (Sepanyol: Bandera de la Argentinacode: es is deprecated ) terdiri daripada tiga jalur mendatar sama lebar berwarna biru dan putih dengan suatu bentuk berupa matahari di jalur tengahnya. Bendera ini dicipta oleh Manuel Belgrano, salah satu pejuang kemerdekaan negara tersebut menentang Empayar Sepanyol; ia pertama kali dibesarkan di bandar Rosario pada 27 Februari 1812 semasa Perang Kemerdekaan Argentina namun hanya dirasmikan dalam Kongres Tucumán pada tahun 1816.
Kejayaan orang Argentina dalam perjuangan memerdekakan diri menjadikan bendera ini suatu lambang yang didambakan lalu mengilham bendera milik negara dan pemerintahan lain di rantau Amerika Latin, misalnya bendera Persekutuan Amerika Tengah[1][2][3] iaitu duluan negara-negara Guatemala, Honduras, El Salvador, Nicaragua dan Costa Rica dari 1823 hingga 1838, serta juga bendera-bendera Uruguay dan Paraguay.