Batu Pahat
bandar di Johor dan daerah pemenrintahan Batu Pahat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Batu Pahat (باتو ڤاهت, juga dikenali sebagai Bandar Penggaram atau BP) merupakan Bandar yang terdapat di dalam Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Batu Pahat (باتو ڤاهت)
Bandar Penggaram بندر ڤڠڬارم | |
---|---|
Bandar | |
Nama panggilan: BP | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Penubuhan | 1894 |
Majlis Daerah | 1976 |
Majlis Perbandaran | 2001 |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah, Yang Dipertua | Norizan Kulop |
• ADUN Johor | Gan Peck Cheng (DAP) |
Penduduk (2010) | |
• Bandar | 311,862 |
• Metro | 468,058 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 83xxx |
Kod awalan panggilan antarabangsa | +60742XXXXX, +60743XXXXX, +60744XXXXX, +60745XXXXX (talian darat sahaja) |
Laman sesawang | www |
Pada tahun 2008, Batu Pahat di tangga ke-12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi. Pada tahun 2009, Batu Pahat merupakan bandar ke-20 terbesar di Malaysia dari segi jumlah penduduknya. Ia juga bandar kedua terbesar dalam negeri Johor selepas bandaraya Johor Bahru.
Berdasarkan bancian pada tahun 2010, Batu Pahat merupakan bandar ke-16 terbesar di Malaysia dari segi jumlah penduduknya. Batu Pahat Mall juga telah didirikan di Batu Pahat ini. Pada tahun 2012, Batu Pahat menjadi bandar ke-16 di seluruh Malaysia yang pesat membangun, akibat limpahan perkembangan perindustrian dan juga bidang pendidikan.