Banjir timur laut Brazil 2010
From Wikipedia, the free encyclopedia
Banjir timur laut Brazil 2010 berlaku pada Jun 2010 akibat hujan lebat terutamanya di Alagoas, Pernambuco, Rio Largo, Branquinha, Uniao dos Palmares dan Santana do Mundau. Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menyatakan 79 jambatan di Pernambuco runtuh. Di Branquinha, 80 kilometer dari Alagoas, beberapa rumah di tepi tebing Sungai Mundau turut runtuh.
Tarikh | 22 Jun 2010 – 25 Jun 2010 |
---|---|
Tempoh | Pertengahan Jun –Julai 2010 |
Tempat | Alagoas dan Pernambuco, Brazil |
Lokasi | Nordeste |
Kematian | Sekurang-kurangnya 51[1] |
Harta benda rosak | Tidak diketahui |
Seramai 51 orang mati, 1,000 hilang dan 120,000 meninggalkan rumah mereka.[2] Empangan pecah dan paras air sungai meningkat, menenggelam seluruh kota.[3] Bekalan elektrik dan telefon tergendala.[4] Mangsa banjir ditempatkan di sekolah dan gereja.[5]
Sungai Mundau menyebabkan kehilangan 500 orang hilang. Mayat mengelapung di sepanjang pantai dan sungai.[4] Lebih dari 40,000 rumah di Alagoas musnah dan merosakkan 22 buah bandar. Bangunan bank di Rio Largo di Alagoas musnah. Landasan dan stesen kereta api turut berlumpur. Mangsa banjir tidak dapat menonton perlawanan bola sepak negara itu yang sedang beraksi dengan Portugal. Kesudahannya Brazil-Portugal seri 0-0.[6]