Bajau
Kumpulan masyarakat Austronesia Maritim Asia Tenggara / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bajau terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lepas dan diiktiraf sebagai penduduk asli Nusantara dan antara bumiputera kedua terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Manakala di sebelah Pantai Barat pula, mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di tepi pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.
Jumlah penduduk | |
---|---|
Sekurang-kurangnya 470,000 di kepulauan Filipina; sekurang-kurangnya 436,672 di Sabah, Malaysia;[1] 348,000 di Indonesia;[2] 12,000 di Brunei.[3] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Filipina (Kepulauan Sulu, Semenanjung Zamboanga, Davao del Sur, Mindanao, Bangsamoro) Indonesia Tempat lain | |
Bahasa | |
Bajau, Tausūg, Chavacan, Cebuano, Tagalog, Melayu, dan Indonesia | |
Agama | |
Islam Sunni (kebanyakan), Islam adat dan Animisme | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Iranun, Tausūg, orang PANGUTARAN lain, Filipina Melayu, Bugis, dan orang Austronesia lain yang lebih luas |
Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal sebagai penunggang kuda, pembuat parang dan pesawah[4] serta penternak.Pada masa yang sama juga, masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies"[5], Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.
Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah (Darat) yang menetap di daerah seperti Tuaran, Kota Belud dan Papar manakala Orang Bajau Laut pula menetap di daerah seperti, Kudat, Pitas, Lahad Datu, Kunak, Sandakan dan Semporna. Suku Bajau yang berada di Semporna di pecahkan kepada pelbagai sub etnik. Bajau Pantai Timur Khasnya di daerah Semporna terbahagi kepada Bajau darat dan Bajau laut yang mana Bajau darat lebih tertumpu kepada sektor Pertanian Manakala Bajau laut lebih tertumpu kepada sektor Penangkapan Hasil laut walaupun ada segelintir Bajau darat juga tertumpu kepada penangkapan hasil laut.
Bajau Samah yang berasal dari daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat dikenali di seluruh dunia sebagai 'koboi Timur' kerana kemahiran dan kecekapan mereka menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain itu, mereka juga pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai diperturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Iranun di Kota Belud. Pedang Samurai dari Kota Belud amat tinggi mutunya dan senang diperolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.
Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berlainan dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisional, pemakanan, adat resam dan budaya hidup, mereka adalah sangat berlainan. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dalam pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.