Bahasa Cina Klasik
bahasa / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Cina Klasik (Bahasa Cina: 古文code: zh is deprecated ; pinyin: gǔwén; secara harfiah "bahasa bertulis purba") atau Bahasa Cina Sastera (Bahasa Cina: 文言文code: zh is deprecated ; pinyin: wényán wén; secara harfiah "bahasa harfiah") ialah gaya tulisan Cina tradisional yang berasaskan tatabahasa dan perbendaharaan kata bahasa Cina kuno, menjadikannya berlainan daripada mana-mana bentuk bahasa Cina lisan moden. Bagaimanapun, apa-apa perbezaan antara Bahasa Cina Klasik Sastera dan Vernakular Sastera masih kabur. Bahasa Cina Klasik pernah digunakan untuk hampir segala surat-menyurat rasmi sebelum dan pada awal abad ke-20, bukan sahaja di China bahkan juga (pada zaman-zaman berbeza) di Korea, Jepun dan Vietnam. Di kalangan penutur bahasa Cina, Bahasa Cina Klasik sudah diganti oleh Bahasa Cina Vernakular (白話code: zh is deprecated , báihuà), iaitu gaya penulisan yang seiringan dengan pertuturan bahasa Mandarin kini, sementara penutur bukan bahasa Cina turut menginggalkan bahasa Cina Klasik untuk menggunakan tulisan vernakular tempatan masing-masing.
Bahasa Cina Sastera dikenali sebagai Hanmun (漢文code: ko is deprecated , "tulisan Han") dalam bahasa Korea; Kanbun (漢文code: ja is deprecated , "tulisan Han") dalam bahasa Jepun; dan Chữ nho (字儒code: vi is deprecated , "surat ilmiah") dalam bahasa Vietnam.