Bahasa Amhara (nama setempat አማርኛ amarəñña, IPA: [amarɨɲːa] ( dengar)) merupakan satu Bahasa Semitik yang dituturkan orang Amara di Utara Tengah rantau Tanduk Afrika. Bahasa ini merupakan bahasa rumpun Semitik kedua terbanyak dituturkan di dunia selepas Bahasa Arab di mana ia berstatus rasmi sebagai bahasa kerja rasmi seluruh negara Republik Demokratik Persekutuan Habsyah. Di luar Habsyah, Bahasa Amhara merupakan bahasa bagi kira-kira 2.7 juta orang penghijrah (terutamanya di Mesir, Israel, dan Sweden), dan dituturkan di Eritrea oleh sesetengah Orang Eritrea dalam generasi pra-kemerdekaan dan orang buangan muda dari Habsyah. Bahasa ini ditulis, dengan penyesuaian, dengan tulisan Ge'ez (pertama digunakan bagi Bahasa Ge'ez, bahasa yang mempunyai nama yang sama)—digelar dalam Bahasa-bahasa Semitik Habsyah sebagai fidel (huruf) dan abugida (daripada empat huruf yang pertama dalam susunan Yunani, juga menggalakkan istilah linguistik moden abugida.
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Bahasa Amara
Maklumat lanjut Sebutan, Asli kepada ...
Rencana ini mengandungi teks Ethiopik. Tanpa rendering support, you may see question marks, boxes or other symbols instead of Ethiopic characters. |
|
|
Tutup