Anugerah Akademi ke-74
From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Anugerah Akademi ke-74 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2001 dan berlangsung pada Mac 24, 2002 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Laura Ziskin dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz.[3][4] Whoopi Goldberg mengacarakan majlis ini buat kali keempat.[5] Beliau pertama kali mengacara semasa Anugerah Akademi ke-66 pada tahun 1994 dan kali terakhir semasa Anugerah Akademi ke-71 pada tahun 1999.[6] Dalam sebuah majlis di Hotel Regent Beverly Wilshire, Beverly Hills, California pada Mac 2, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Charlize Theron.[7]
Anugerah Akademi ke-74 | ||||
---|---|---|---|---|
Tarikh | Mac 24, 2002 | |||
Tempat | Teater Kodak Hollywood, Los Angeles, California, A.S. | |||
Rangkaian | ABC | |||
Pramajlis | Chris Connelly Leeza Gibbons Ananda Lewis[1] | |||
Pengacara | Whoopi Goldberg | |||
Penerbit | Laura Ziskin | |||
Pengarah | Louis J. Horvitz | |||
Tempoh | 4 jam, 23 minit[2] | |||
Filem Terbaik | A Beautiful Mind | |||
Anugerah terbanyak | A Beautiful Mind dan The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring (4) | |||
Pencalonan terbanyak | The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring (13) | |||
|
A Beautiful Mind memenangi empat anugerah termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik untuk Ron Howard.[8][9] Pemenang-pemenang yang lain termasuk The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring juga dengan empat anugerah, Black Hawk Down dan Moulin Rouge! dengan dua anugerah dan The Accountant, For the Birds, Gosford Park, Iris, Monster's Ball, Monsters, Inc., Murder on a Sunday Morning, No Man's Land, Pearl Harbor, Shrek, Thoth dan Training Day dengan satu anugerah.