Amitabh Bachchan
Pelakon lelaki India / From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai pelakon India. Untuk syarikat miliknya, sila lihat Amitabh Bachchan Corporation.
Amitabh Bachchan (IPA: [əmitɑːbʱ bətʃtʃən]; Devanagari: अमिताभ बच्चन), lahir Inquilaab Srivastava; 11 Oktober 1942)[3] ialah seorang pelakon lelaki India. Beliau juga ialah seorang penerbit dan bekas hos untuk rancangan permainan Kaun Banega Crorepati?. Beliau memulakan kerjaya filemnya pada tahun 1969 dengan membintangi Saat Hindustani. Sehingga kini, beliau masih seorang tokoh penting dalam industri filem Bollywood. Beliau dianggap sebagai salah seorang daripada pelakon-pelakon tersohor dalam panggung wayang India. Beliau masih merupakan salah seorang pelakon yang paling banyak gajinya dalam industri, serta dianggap sebagai salah seorang "megastar" terbesar yang pernah dihasilkan oleh industri perfileman India.[4][5][6]
Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Amitabh Bachchan | |
---|---|
Kelahiran | Inquilaab Srivastava[1] (1942-10-11) 11 Oktober 1942 (umur 81) |
Warganegara | India |
Nama lain | Angry Young Man, Shahenshah Bollywood, Star of the Millennium, dan Big B |
Pusat pendidikan | Kolej Sherwood, Nainital Kolej Kirori Mal, Universiti Delhi[2] |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit, penyanyi, penyampai televisyen |
Tahun aktif | 1969–kini |
Ketinggian | 1.85 m (6 ka 13⁄16 in) |
Pasangan | Jaya Bhaduri Bachchan (k. 1973) |
Anak-anak | Shweta Bachchan Nanda Abhishek Bachchan |
Ibu bapa | Harivansh Rai Bachchan (bapa) Teji Bachchan (ibu) |
Saudara | Ajitabh Bachchan (adik) |
Anugerah | Padma Vibhushan 2015 Padma Bhushan 2001 Padma Shri 1984 |
Laman web rasmi | Official blog |
Tandatangan | |
Tutup