AirAsia X
Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
AirAsia X (MYX: 5238) [3] ialah syarikat penerbangan tambang murah perjalanan jarak jauh yang baru berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Operasinya bermula pada 2 November 2007 dengan menyewa sebuah buah pesawat Airbus 330-300 ke Lapangan Terbang Gold Coast, Australia. Penerbangan baru ini dimiliki oleh AirAsia X Sdn. Bhd. (dahulunya FlyAsianXpress Sdn. Bhd.) yang pernah menyediakan perkhidmatan penerbangan laluan-laluan luar bandar di Malaysia. FAX membeli francais dari AirAsia, oleh itu berhak menggunakan laman web Airasia, kostum, dan pengurusan.[4][5]
| |||||||
Ditubuhkan | 1 Ogos 2006; 17 tahun yang lalu (2006-08-01) (sebagai FlyAsianXpress) 1 Ogos 2007; 16 tahun yang lalu (2007-08-01) (Menjadi AirAsia X dari FlyAsianXpress) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Hab | |||||||
Program kesetiaan | AirAsia BIG Loyalty Programe [1] | ||||||
Subsidiari | Thai AirAsia X | ||||||
Pesawat | 23 (jumlah keseluruhan armada, 21 buah A330 dan 2 buah A340) 21 (jumlah armada untuk masa kini)>(21 buah airbus A330) 29 (jumlah keseluruhan armada AirAsia X Berhad untuk masa kini) | ||||||
Destinasi | 29 (jumlah Keseluruhan destinasi, termasuk 5 destinasi musiman) 25 (tidak termasuk destinasi yang tidak beroperasi) | ||||||
Syarikat induk | AirAsia X Sdn. Bhd. (Anak syarikat Tune Group) AirAsia | ||||||
Diniagakan sebagai | MYX: 5238 [2] | ||||||
ISIN | MYL5238OO000 | ||||||
Ibu pejabat | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) Sepang, Selangor, Malaysia | ||||||
Orang penting | Tony Fernandes, Sir Richard Branson, Azran Osman Rani | ||||||
Pekerja | 2,893 (31 Disember 2015) | ||||||
Laman web | www www |
AirAsia X (sebelumnya dikenali sebagai FlyAsianXpress Sdn. Bhd.),[6] ialah syarikat penerbanga jarak jauh tambang murah, yang berpangkalan di Malaysia, dan syarikat saudara AirAsia. Ia memulakan operasi pada tarikh 2 November 2007 dengan perkhidmatan pertamanya diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia, ke Lapangan Terbang Gold Coast di Australia. AirAsia X terbang ke destinasi dalam Asia, Australia dan Amerika Syarikat.[7] Syarikat penerbangan itu mengendalikan armada 21 pesawat Airbus A330-300.[8] Indonesia AirAsia X dan Thai AirAsia X bergabung dengan AirAsia X.
AirAsia X ialah operasi jarak sederhana dan jarak jauh jenama AirAsia,[9] yang merupakan syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia.[10]