Académie française
From Wikipedia, the free encyclopedia
Académie française [Sebutan bahasa Perancis: [akademi fʁɑ̃sɛːz], la.ka.dé.mi fran.séz] (bahasa Perancis untuk Akademi Perancis) yang ditubuhkan oleh Cardinal Richelieu, Ketua Menteri semasa pemerintahan Louis XIII,[1] merupakan académie tertua dalam Institut de France ("Institut Perancis"). Akademi ini merupakan pertubuhan terpelajar yang merupakan pihak berkuasa terhadap bahasa Perancis. Académie menerbit kamus rasmi bahasa Perancis. Namun, keputusan-keputusan Académie tidak wajib diikut oleh pengguna bahasa Perancis, dan hanya bersifat sebagai nasihat.
Dalam Revolusi Perancis 1793, Académie digantung operasinya. Pada 1803, Maharaja Napoleon telah memulihkan institut ini sebagai sebahagian daripada badan Institut Perancis.
Académie dianggotai oleh empat puluh orang, dikenali sebagai immortel ("orang abadi"). Anggota baru yang dipilih oleh Académie kekal sebagai anggota seumur hidup, namun mana-mana anggota yang didapati bersalah dalam melakukan tindakan tidak senonoh atau dianggap mencalar nama institusi boleh dipecat.