Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah ialah sebuah sekolah menengah berasrama puteri harian yang dibina di sebuah bukit kecil dengan kawasan seluas lebih kurang 20 ekar. SMKIS merupakan antara sekolah cemerlang di daerah Jasin, Melaka dan memperoleh pelbagai anugerah dan pencapaian. Kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar telah mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan. Pada tahun 2010, SMKIS muncul sebagai sekolah terbaik dalam PMR 2010 apabila seramai 67 orang mendapat 8A dan 17 orang mendapat 7A, manakala pada tahun 2011, seramai 65 orang mendapat straight A. Bagi mengekalkan prestasi ini, SMK Iskandar Shah masih giat berusaha untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah di negeri Melaka. Sekolah ini berjaya menjadi sekolah kluster kecemerlangan menjelang tahun 2015.