Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di sekitar kawasan Merlimau, Jasin dengan kawasan seluas lebih kurang 13 ekar. SMKDA merupakan antara sekolah cemerlang di daerah Jasin, Melaka dan memperoleh pelbagai anugerah dan pencapaian. Sehingga kini, SMK Dang Anum masih giat berusaha untuk menjadi salah sebuah sekolah yang termasyhur di negeri Melaka.