Sayang merupakan sebuah lagu berentak R&B dengan sentuhan jazz nyanyian dua penyanyi R&B tersohor Nusantara iaitu Marcell Siahaan (Indonesia) dan Dayang Nurfaizah (Malaysia). Ia dicipta oleh Omar K dan lirik tulisan Nuur Iman dan diterbitkan oleh Replay Music. Lagu ini merupakan single khas yang diterbitkan usahasama di antara Dayang dan Alibi Music di mana ia kemudian dimuatkan dalam album solo ketujuh Dayang berjudul Sayang & Cahaya.