Samaratungga ialah Raja Dinasti Sailendra yang keempat dan juga Maharaja Srivijaya. Baginda mengahwini Dewi Tara, puteri Sri Dharmasetu daripada Kerajaan Srivijaya dan mewarisi takhta Srivijaya kemudiannya selepas kemangkatan Sri Dharmasetu. Baginda juga mewarisi takhta dari bapanya, Indra, yang mangkat pada tahun 812, dan memerintah Kerajaan Mataram Kuno selama 21 tahun antara tahun-tahun 812 hingga 833. Pada masa pemerintahannya, Candi Borobudur, sebuah candi agama Buddha yang terbesar di dunia, selesai dibina.