Pleistosen ialah nama untuk epok geologi yang berlangsung dari s. 2.58 million sehingga 11,700 tahun dahulu, merangkumi pengulangan beberapa tempoh pengglasieran yang terbaharu di Bumi. Sebelum perubahan terakhir disahkan pada tahun 2009 oleh Kesatuan Sains Geologi Antarabangsa, keratan Pleistosen dan Pliosen sebelumnya dianggap sebagai 1.806 juta tahun Sebelum Kini (SK). Penerbitan dari tahun-tahun sebelumnya boleh menggunakan salah satu takrifan tempoh tersebut. Penghujung Pleistosen berpadanan dengan penghujung tempoh pengglasieran terakhir dan juga penghujung zaman Paleolitik yang digunakan dalam bidang arkeologi. Nama itu merupakan gabungan dua perkataan dari bahasa Yunani Purba iaitu πλεῖστος (pleîstos) yang bermaksud "kebanyakan" serta καινός, bermaksud "baharu".