Kanada ialah sebuah negara Amerika Utara yang terdiri daripada sepuluh provinsi (negeri) dan tiga wilayah. Terletak di bahagian utara benuanya, Kanada menjangkau dari Lautan Atlantik di timur hingga Lautan Pasifik di barat dan Lautan Artik di utara. Ia merupakan negara kedua paling luas di dunia. Sempadan Kanada dengan Amerika Syarikat di selatan dan barat laut adalah yang terpanjang di dunia.