No coordinates found
Syukur 21
Syukur 21 ialah sebuah filem cereka sains keagamaan Malaysia 2000 yang dilakonkan oleh Kumpulan Raihan. Antara lokasi penggambaran ialah Putrajaya, Cyberjaya, Jakarta, Surabaya dan Yogyakarta. Filem ini filem pertama menggunakan sistem bunyi SDDS di Malaysia. Ia juga merupakan filem termahal dan termoden tempatan pada ketika itu yang juga telah berjaya memperolehi kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) pada tahun 2000. Ia telah ditayangkan di seluruh negara Malaysia pada 27 Disember 2000 sempena Hari Raya Aidilfitri.
Read article