Map Graph

Osaka Dome

Osaka Dome atau dikenali sebagai Kyocera Dome Osaka , merupakan stadium besbol yang terletak di Osaka, Jepun. Stadium ini mula dibuka pada tahun 1997 dan menjadi gelanggang bagi pasukan Osaka Kintetsu Buffaloes. Pada tahun 2005, stadium ini menjadi salah satu gelanggang pasukan Orix Buffaloes, selepas penggabungan antara pasukan Orix BlueWave dan Osaka Kintetsu Buffaloes. Sebelum pembukaan Osaka Dome, pasukan Bufalloes telah beraksi di Stadium Fujiidera. Pasukan Hanshin Tigers juga menggunakan stadium ini sebagai gelanggang tuan rumah mereka pada pembukaan musim dan ketika bulan Ogos. Perkara ini kerana Stadium Koshien, gelanggang utama Hanshin telah digunakan untuk kejohanan besbol sekolah tinggi sepanjang tempoh tersebut.

Read article
Fail:Kyocera_Dome_logo.jpgFail:Kyocera_Dome_Osaka1.jpgFail:Osaka_Dome_Dimensions.svg