Kruiser Jerman Königsberg
Königsberg adalah kruiser ringan Jerman yang beroperasi antara tahun 1929 dan April 1940, termasuk perkhidmatan dalam Perang Dunia II. Ia adalah kapal sulung dari kelasnya dan telah dikendalikan oleh dua tentera laut Jerman, iaitu Reichsmarine dan Kriegsmarine. Ia mempunyai dua kapal kembar, Karlsruhe dan Köln. Königsberg dibina oleh Kriegsmarinewerft di Wilhelmshaven; ia mula dibina pada 12 April 1926, dilancarkan pada Mac 1927, dan ditauliahkan kedalam Reichsmarine pada April 1929. Ia dipersenjatai dengan 9 meriam utama 15 sm SK C/25 dalam turet kembar tiga dan mempunyai kelajuan tertinggi 32 knot.
Read article