Map Graph

Jamuan Teh Boston

Jamuan Teh Boston merupakan satu tindakan langsung yang dilakukan oleh sekumpulan peneroka di Boston, koloni Massachusetts British sebagai suatu penentangan terhadap pemerintahan Raja George III dan monopoli Syarikat Hindia Timur yang mengawal kesemua bekalan teh ke Amerika; terutamanya Akta Teh termaktub pada 10 Mei 1773 yang membenarkan penjualan barangan teh dari Dinasti Qing tanpa pelaksanaan percukaian di sana yang dianggap menindas para penduduk koloni sana. Pada 16 Disember tahun sama, selepas para pegawai di Boston enggan mengembalikan tiga muatan kapal teh bercukai ke Britain, sekumpulan peneroka menaiki kapal dan memusnahkan teh dengan membuangnya ke dalam Pelabuhan Boston. Kejadian ini menjadi antara peristiwa bersejarah paling penting dalam sejarah Amerika Syarikat.

Read article
Fail:Boston_tea_party.jpg