Gua Hira
Gua Hira ialah sebuah gua yang terletak kira-kira 3.1 bt (5.0 km) dari Makkah, di atas sebuah gunung bernama Jabal al-Nour di wilayah Hijaz di Arab Saudi. Gua itu sendiri berukuran 12 ka (3.7 m) panjang dan 5 ka 3 in (1.60 m) lebar. Tinggi gua itu ialah 270 m (890 ka) dan boleh didaki dengan kira-kira 600 anak tangga. Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walaupun Gunung Nur tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.
Read article