Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Zaman Pencerahan (bahasa Inggeris: Age of Enlightenment , Perancis: Siècle des Lumières Jerman: Aufklärung ) atau Zaman Kesedaran merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan satu fasa dalam kebudayaan hidup dan falsafah Barat yang berpusat pada abad ke-18.
"Zaman Kesedaran" dan "Penyedaran" merujuk khas kepada kemajuan intelektual dan falsafah pada zaman itu (dan kesannya terhadap pembentukan semula moral dan sosial), iaitu Sebab disokong sebagai sumber dan asas utama kekuasaan. Bermula di Jerman, Perancis dan Britain, pergerakan ini menular ke seluruh Eropah, termasuklah Russia dan Skandinavia. Penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika, Perakuan Hak Amerika Syarikat dan Perisytiharan Hak Manusia dan Warganegara Perancis adalah didorong oleh prinsip "Kesedaran" (walaupun Perakuan Hak England berlaku sebelumnya). Zaman ini ditanda oleh aspirasi politik terhadap penyatuan kerajaan, penciptaan negara dan hak yang lebih bagus untuk orang kebanyakan, dalam usaha untuk menggantikan kekuasaan golongan aristokrat dan gereja ternama.
Kajian yang dilakukan pada zaman ini mengutamakan penderiaan secara menerus dalam pengamatan dan pemikiran yang maakul sambil berkait dengan dorongan bahawa sains boleh dipergunakan menuju kemajuan masyarakat. Bidang-bidang sains yang sedia ada pula dikelaskan mengikut hubungan dan sifat dalaman di mana fizik dibezakan dengan ilmu kimia dan sejarah alam sekitar merangkumi kajian penylidikan terhadap tubuh badan, ilmu hayat, tanah bumi, galian dan haiwan.[1]
Peranan universiti sebagai pusat pengembangan dan pematangan kajian sains diambil alih oleh persatuan-persatuan dan akademi. Bertambahnya penduduk dan masyarakat yang semakin banyak celik huruf dan berpendapatan turut mendorong kepada penyampaian ilmu pengetahuan yang mampu difahami ramai sebanyak-banyaknya - hal ini merupakan ideal utama yang difikirkan pada zaman ini.[2][3]
Zaman ini merupakan titik mula dalam pemikiran yang mengasaskan fahaman kenegaraan yang wujud di dunia Barat dari segi pemodenan sistem pemerintahan sedia ada menerapkan nilai-nilai yang mengutamakan kuasa sesebuah negara di tangan rakyat ("demokrasi") serta pelanggasan peranan mereka daripada hubungan dengan negara (atau "liberalisme").[4][5][6]
Fahaman kontrak sosial yang menetapkan hubungan sesebuah masyarakat dengan tampuk pemerintahan mula dikembangkan pada zaman ini melalui penulisan dan perbincangan dicetuskan John Locke dan Thomas Hobbes.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.