Zaman Jōmon (縄文 時代, Jōmon-jidai) merupakan satu zaman prasejarah Jepun dari kira-kira 14,000 SM hingga 300 SM[1][2]. Zaman ini terjadi tepat pada akhir Zaman Pleistosen hingga Holosen (bersamaan dengan zaman batu pertengahan dan zaman batu akhir).

Fakta Segera Sejarah Jepun ...
Thumb

Sejarah Jepun

  • Sejarah ekonomi
  • Sejarah pendidikan
  • Sejarah ketenteraan
  • Sejarah tentera laut

Glosari

Tutup

Sistem kepercayaan

Sistem kepercayaan di zaman ini masih dinamisme, seperti pada zaman-zaman prasejarah umumnya, manusia pada zaman Jomon mempercayai bahawa benda-benda memiliki kekuatan ghaib, dan benda-benda tersebut memiliki imina (nama benda) yang dipercayai dapat mengatur dan memerintah benda-benda tersebut untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Jadi pada zaman itu, seseorang yang mengetahui imina suatu benda akan berkuasa atas benda tersebut.

Kebudayaan

Kegiatan manusia pada zaman Jōmon dalam mencari makanan bergantung pada tempat tinggalnya. Manusia yang tinggal di daerah yang mempunyai kekayaan sumber alam mencari makan sebagai pemburu dan pengumpul jenis tanaman yang boleh dimakan. Manusia zaman Jōmon mula mengenal kebudayaan tembikar yang bersifat artistik. Zaman ini terkenal dengan penghasilan tembikarnya (patung atau peralatan yang terbuat dari tanah liat). Terdapat kecenderungan kebudayaan Jōmon lebih berkembang di Jepun timur berdasarkan jumlah tapak penggalian dan pelbagai jenis barang tembikar yang berjaya ditemukan.

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.