Era Elizabeth ialah epok pemerintahan Ratu Elizabeth I (1558–1603) dalam sejarah England. Para sejarawan sering menyebutnya sebagai zaman kegemilangan sejarah Inggeris. Lambang Britannia mula-mula digunakan pada tahun 1572 dan sering kali selepas itu bagi menandakan era Elizabeth sebagai pembaharuan yang mengilhamkan kebanggaan kebangsaan melalui cita-cita tinggi klasik, pengembangan antarabangsa, dan kemenangan tentera laut terhadap musuh ketat England, Sepanyol. Dari segi keseluruhan abad, John Guy, seorang sejarawan (1988), mengatakan bahawa "England lebih sihat ekonominya, lebih berkembang, dan lebih optimis di bawah wangsa Tudor" daripada mana-mana zaman dalam seribu tahun.[1]
"Zaman kegemilangan" ini[2] melambangkan kemuncak Zaman Pembaharuan Inggeris dan melihat pengembangan puisi, muzik dan kesusteraan. Era ini paling terkenal dengan teater, semasa William Shakespeare ramai lagi penulis lakon menulis lakonan yang membebaskan mereka daripada gaya lama teater England. Era ini menjadi zaman penjelajahan dan pengembangan di luar negara, sementar di dalam negeri, Reformasi Protestan lebih diterima orang ramai lebih lagi selepas Armada Sepanyol ditangkis. Ia juga menandakan akhirnya zaman England sebagai wilayah pemerintan raja berasingan sebelum penyatuan rajanya dengan raja Scotland.
Nota
Bibliografi
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.